Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, April 16, 2009

Bengkel Pelan Tindakan Perlis






Arau : Dewan Muslimat PAS Perlis mengadakan program Bengkel Pelan Tindakan Peringkat Negeri Perlis bertempat di Dewan Amir Ramadhan, Jejawi Dalam, dekat sini.

Program tersebut dihadiri jawatankuasa Dewan Muslimat Negeri dan kawasan-kawasan.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama-sama Jawatankuasa Muslimat PAS Pusat hadir membentangkan kertas kerja dalam program yang diadakan selama sehari itu.

Pelan tindakan yang dibentang ini adalah berkaitan dengan strategi dan gerakkerja khususnya bagi lajnah-lajnah yang dibentuk oleh Dewan Muslimat.





Read More......

Wednesday, April 15, 2009

KECERMELANGAN MENGEKALKAN KEMENANGAN RAKYAT DAN MEMPERTEGUH JALINAN PAKATAN RAKYAT

DUN CHANGKAT JERING

DUN TRONG

DUN KUALA SEPETANG


Saya bagi pihak DMPP mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadhrat Allah s.w.t. di atas kejayaan cemerlang PAKATAN RAKYAT pada dua kawasan pilihanraya kecil, P059 Parlimen Bukit Gantang, Perak dan N17 Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga kepada semua jentera PAKATAN RAKYAT disemua peringkat hingga ke akar umbi di atas usaha-usaha gigih dan kesungguhan yang diberikan bagi meraih kejayaan yang cemerlang ini di kedua-dua kawasan tersebut.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih di atas doa dari segenap ahli-ahli dan penyokong PAKATAN RAKYAT diseluruh Negara serta dimana jua mereka berada.

Terutama juga kepada semua para pengundi yang telah memilih dengan bijak serta telah memberikan kepercayaan kepada kedua-dua calon PAKATAN RAKYAT dengan sokongan yang begitu meyakinkan.

DMPP amat yakin bahawa dengan mandat besar yang telah diberikan kepada calon-calon PAKATAN RAKYAT, bukan saja dapat membantu kami memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, bahkan dapat mengukuhkan lagi jalinan di antara parti-parti di dalam PAKATAN RAKYAT.

Suara dan mandat yang begitu besar yang telah diberikan oleh rakyat menandakan bahawa rakyat telah sedar dengan segala kepincangan dan kemungkaran yang telah dilakukan oleh BARISAN NASIONAL, terutamanya UMNO. Natijahnya rakyat telah menolak BARISAN NASIONAL dan UMNO, dan rakyat telah mengambil inisiatif dan sikap untuk merubah.

Kemenangan ini juga merupakan penerusan dan kesinambungan era perubahan yang telah bermula dengan tsunami politik pada PRU 12 yang lalu. Dengan kehendak Allah s.w.t. hanya masa akan menentukan bahawa tampuk pemerintahan Negara ini akan bertukar kepangkuan PAKATAN RAKYAT.

Akhir kata DMPP tidak lupa juga ingin merakam penghargaan kepada semua institusi yang terlibat bagi menjayakan pilihanraya kecil pada kali ini, seperti pihak keselamatan, SPRM serta badan-badan NGO dan sebagainya.




NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Read More......

Bilik SULIT - Teater Bukan Teater








Read More......

Ziarah Sahabat


Turut hadir melawat Pn Fatimah Taha : Senator Mumtaz Senawi (Pengerusi MUSLET DMPP) & YB Zailah Mohd Yusof

Ziarah Sahabat : Melawat Isteri YB Salehuddin Ayub, Pn Fatimah Taha yang telah menjalani pembedahan jantung, semoga bertambah sihat. Dari kanan Pn Salbiah Abd Wahab (Setiausaha DMPP) & Pn Wan Hasrina Wan Hassan (Timbalan Ketua DMPP)

Ziarah sahabat : Ustzh Nuridah mengunjungi Pn Wan Hasrina ketika Pn Wan Hasrina dimasukkan ke wad kerana disyaki menghidap demam denggi.




Read More......

Tuesday, April 14, 2009

Wanita Berdaya, Kita Bersaudara


Wanita Berdaya Kita Bersaudara
KE ARAH MEMPERTEGUH JALINAN PAKATAN RAKYAT



Mengimbas kembali dengan penuh keinsafan, kita menyedari bahawa terdapat pelbagai kata-kata perumpamaan yang tulus dan hebat yang telah diutarakan oleh masyarakat kita sejak dulu lagi, terutamanya masyarakat Melayu di dalam menggambarkan keberdayaan para wanita.

Sebagai satu contoh, pepatah ada menyatakan bahawa “tangan yang menghayun buaian itu akan menggoncang dunia”. Wanita adalah tonggak negara, jika baik wanita, maka baiklah negara seluruhnya. Sebaliknya jika jahat wanita, maka pelbagai masalah yang tidak berkesudahan akan di hadapi negara keseluruhannya juga.

Meyakini peranan wanita yang begitu penting dan hebat lagi berat, iaitu selaku para pengasuh dan pendidik utama terhadap kelangsungan dan survival generasi bermaruah dan berakhlak mulia, juga selaku serikandi, pelaksana dan petugas dalam mewujudkan sebuah negara bangsa serta ummah yang bertamadun, maka “wanita berdaya” amatlah dinanti dan diperlukan. Ianya bagi menjamin tanggungjawab berat itu dapat terlaksana dengan sempurna.

Tanggungjawab unggul ini sebenarnya sangat perlu dan dapat dilaksanakan secara bersama dan bersepadu kerana kita semua adalah berasal dari keturunan yang satu, iaitu dari satu bapa kemanusiaan nabi Adam a.s. Oleh itu “kita bersaudara” dari sudut kewujudan dan survival kemanusiaan. Sehubungan itu tidak hairanlah kita berkongsi dan berpijak di atas bumi yang satu dan juga kepada keperluan fitrah yang sama pada nilai-nilai adil, telus, amanah, berkebajikan dan berwibawa.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah an-Nisa’ ayat pertama, mafhumya: “ Wahai manusia, bertaqwalah kepada tuhanmu yang menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan namaNya, kamu saling meminta, peliharalah silatur-rahim, sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan mengawasi kamu.”

Mudah-mudahan dengan tekad dan cita-cita murni ini dibantu dengan perancangan yang bijak dan realistik serta juga usaha-usaha yang dinamik ke arah matlamat ini, wanita Pakatan Rakyat akan dapat merealisasikan dan meneruskan perjuangan “ wanita berdaya, kita bersaudara” dengan jayanya.

Wasalam. Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar.

“PAS untuk semua. Mengisi kemenangan, melestari kebajikan.”



Nuridah Mohd Salleh
Ketua, Dewan Muslimat PAS Pusat.

Read More......